8toall members

8toall members

Wednesday, 7 December 2011

Tutorial 1.

Luddite dan Determinist.

Determinist.
  • DefinisiTerlalu yakin terhadap teknologi.Mempercayai sepenuhnya teknologi mampu menyelesaikan masalah dan bergantung sepenuhnya.
  • Teknologi membentuk individu bagaimana cara berfikir, berperilaku dalam masyarakat dan teknologi tersebut akhirnya membentuk manusia untuk bergerak dari satu abad teknologi ke abad teknologi yang lain. Misalnya dari masyarakat suku yang buta huruf kepada masyarakat yang menggunakan peralatan komunikasi cetak, ke masyarakat yang memakai peralatan komunikasi elektronik.
  • Teori ini dikemukakan oleh Marshall McLuhan pertama kali pada tahun 1962 dalam tulisannya The Guttenberg Galaxy: The Making of Typographic Man Pertama, penemuan dalam teknologi komunikasi menyebabkan perubahan budaya. Kedua, perubahan di dalam jenis-jenis komunikasi akhirnya membentuk kehidupan manusia. Ketiga, sebagaimana yang dikatakan McLuhan bahwa “Kita membentuk peralatan untuk berkomunikasi, dan akhirnya peralatan untuk berkomunikasi yang kita gunakan itu akhirnya membentuk atau mempengaruhi kehidupan kita sendiri”.

 Luddite
  •  lebih didefinisikan sebagai golongan yang terlalu anti kepada teknologi. keadaan ini disebabkan mereka berfikiran bahawa teknologi mampu mengurangkan tenaga kerja manusia.
  • Merupakan pergerakan sosial pada abad ke 19 di mana para artisan  merosakkan mesin-mesin tenunan sebagai tanda protes mereka kepada teknologi baru yang di bawa pada ketika itu.
  • Di samping itu juga, mereka berasa teknologi telah merampas kerjaya mereka dan merubah cara hidup mereka yang telah lama diamalkan.
  • Pergerakan ini dinamakan  'Ludd' bersempena nama King Ludd @ General Ned Ludd yang amat dihormati ketika itu.


No comments:

Post a Comment