8toall members

8toall members

Monday, 12 December 2011


ENJIAN CARIAN WEB
1.0       Pengenalan
Enjin carian web adalah enjin carian yang direka bagi mencari maklumat yang hendak dicari menggunakan World Wide Web. Maklumat dicari mungkin berkaitan dengan laman web, gambar, maklumat dan sebagainya. Sesetengah anjin carian juga mencari data di dalam newsbook, pangkalan data atau direktori terbuka. Tidak seperti direktori web, yang di selenggara oleh manusia sebagai editor, enjin carian beroperasi secara algoritma atau kombinasi algoritma dan input dari manusia.

1.1              Sejarah Enjin carian


Note: "Launch" refers only to web
availability of original crawl-based
web search engine results.


1.2       Jenis soalan atau tajuk carian

Web boleh digunakan bagi mendapatkan jawapan kepada beberapa jenis soalan- spesifik dan eksplotari- bagi setiap soalan memerlukan penggunaan pencarian strategi yang berlainan. Soalan spesifik ialah soalan yang dapat dikenalpasti jawapannya secara tepat, manakala bagi soalan eksplotari ia adalah soalan bersifat terbuka yang sukar dikenalpasti jawap secara tepat kerana kemungkinan terdapat pelbagai jawapan bagi soalan tersebut.

Contoh soalan spesifik:

  • Apakah populasi Rakyat Malaysia?

Contoh soalan eksplotari:

  • Apakah penyebab bagi kemelesetan ekonomi?






2.0       Penggunaan Enjin Carian

Search engine atau pun enjin carian adalah laman web(atau sebahagian dari laman web) yang mencari maklumat daripada laman web lain  yang menepati perkataan atau frasa yang dicari. Perkataan atau frasa yang dimasukkan dikenali sebagai search expression atau query. Search expression atau query  adalah arahan yang memberitau enjin carian bagaimana carian dilakukan.

Berikut adalah langkah-langkah penggunaan enjin carian AltaVista. Langkah-langkah ini boleh diguna pakai oleh enjin carian lain.

Rajah 2.0: Laman utama enjin carian AltaVista.

Laman carian secara asasnya menyediakan textbox bagi pengguna memasukkan topik atau perkataan yang ingin dicari bagi memulakan carian. Antara enjin carian yang polular adalah HotBot dan Google.


Rajah 2.1: Laman utama enjin carian HotBot.


Rajah 2.2: Laman utama enjin carian Google.

Enjin carian tidak mencari laman web bagi mendapatkan maklumat tertentu tetapi mencari maklumat dalam pangkalan datanya sendiri berkenaan laman web yang telah dikumpulkan, di indeks dan di simpan.

Sekiranya pengguna memasukkan perkataan atau topik carian yang sama kepada enjin carian yang berlainan, pengguna akan mendapat hasil yang berlainan kerana setiap enjin carian mengumpulkan maklumat yang berlainan di dalam pangkalan data masing-masing dan setiap enjin carian menggunakan prosedur yang berlainan untuk mencari di dalam pengkalan data tertentu.


2.1       Latihan Penggunaan Enjin Carian

  1. Klik kepada browser / gelitar

  1. Pilih mana-mana enjin carian seperti jadual 2.0 dibawah dan taipkan alamat enjin carian di browser. Tunggu sehingga browser membuka halaman web enjin carian berkenaan.


Enjin Carian
Alamat

AlltheWeb
AltaVista
Google
HotBot
Lycos
Teoma
Ask Jeeves
Jadual 2.0: Contoh enjin carian.

  1. Taipkan “Malaysia annual rainfall” didalam kotak yang disediakan.
  2. Klik kepada butang yang bersesuaian bagi memulakan pencarian. Hasil carian akan muncul di halaman baru, Halaman tersebut akan menyatakan kemungkinan terdapat beratus, beribu laman web yang mengandungi jawapan kepada topik yang dicari.

  1. Skrol ke bawah halaman hasil carian dan kenalpasti hasil carian yang menepati kehendak anda.

  1. Klik kepada beberapa pautan atau link yang memberi maklumat berkenaan hujan tahunan di Malaysia (Malaysia annual rainfall). Sekiranya maklumat tidak dijumpai, klik kepada link seterusnya yang menyediakan maklumat berkenaan (selalunya diletakkan di bawah halaman pertama hasil carian).


2.1       Penggunaan Help Bagi Pencarian Asas AltaVista


  1. Buka gelitar atau browser.

  1. Taipkan www.altavista.com

Rajah 2.3: Laman utama enjin carian AltaVista

  1. Klik kepada butang Help
Rajah 2.4: Laman bantuan enjin carian AltaVista

  1. Klik pada Search

  1. Skrin akan memaparkan AltaVistaHelp maklumat bagaimana topik carian di interpretasi

Rajah 2.4: Panduan asas carian


3.0       Direktori Web

Direktori web adalah senarai pautan-pautan kepada laman web yang di uruskan secara hierarki mengikut kategori. Direktori subjek adalah katalog dalam laman yang dikumpulkan oleh manusia.

Direktori subjek dikenali juga sebab pokok bagi subjek kerana ia bermula dengan  kategori utama dan dipecahkan kepada kategori lebih kecik atau sub-kategori,topik dan sub-topik. Direktori biasanya digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan topik dimana kita tidak mempunyai idea tertentu berkenaan apa yang ingin diperolehi.


Rajah 3.0: Laman utama carian direktori MSN


4.0       Penggunaan Enjin Carian Meta

Meta Search Engine atau Enjin-Carian Meta  adalah satu alatan yang menggabungkan kuasa beberapa enjin carian. Beberapa alatan  enjin carian meta  juga termasuk  direktori-direktori. Idea disebalik alatan pencarian meta adalah mudah. Setiap enjin carian pada web mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berlainan kerana:

  • Menggunakan berlainan robot web bagi mengumpulkan makluman berkaitan halaman web.
  • Menyimpan jumlah halaman web teks yang berlainan di dalam pangkalan data.
  • Memilih laman web yang berlainan sebagai indeks.
  • Mempunyai sumber penyimpanan yang berlainan.
  • Interpretasi tajuk carian secara berlainan.

Rajah 4.0: Laman utama enjin carian meta Mamma.com


4.1       Latihan Penggunaan Enjin Carian Meta

  1. Klik kepada browser atau gelitar

  1. Pilih mana-mana meta enjin carian di bawah dan taipkan alamat enjin carian di browser. Tunggu sehingga browser membuka halaman web enjin carian meta berkenaan.


Enjin Carian Meta
Alamat
7metasearch.com/
ez2Find
Fazzle
kartoo
metaeureka
turbo10
Jadual 4.0: Contoh enjin carian meta

  1. Taipkan “Malaysia annual rainfall” didalam textbox yang disediakan.

  1. Klik kepada butang yang bersesuaian bagi memulakan pencarian. Hasil carian akan muncul di halaman baru, Halaman tersebut akan menyatakan kemungkinan terdapat beratus, beribu laman web yang mengandungi jawapan kepada topik yang dicari.

  1. Skrol ke bawah halaman hasil carian dan kenalpasti hasil carian yang menepati kehendak anda.

  1. Sekiranya maklumat berkenaan tidak dijumpai, ulang semula carian dengan menggunakan enjin carian berlainan.

5.0       Operator Boolean


Enjin carian berbeza dengan direktori subjek. Sementara manusia menguruskan direktori katalog subjek, enjin carian bergantung kepada aturcara komputer dipanggil  ‘spider’ atau robot bagi mencari web dan log perkataan di setiap halaman. Melalui penggunaan enjin carian, kata kunci yang berkaitan dengan topik ditaip di kotak carian.

Enjin carian kemudiannya akan mengimbas kepada pangkalan data dan menyerahkan fail dan pautan kepada laman web yang mengandungi perkataan yang dinyatakan dalam carian. Oleh kerana pangkalan data adalah besar, enjin carian selalunya memberikan beribu-ribu jawapan. Tanpa strategi carian atau teknik, pencarian akan menjadi sukar dan hasil tidak dapat mencapai matlamat carian.

Bagi menggunakan enjin carian secara efektif, adalah penting bagi pencari maklumat melaksanakan teknik yang dengan memberi soalan secara spesifik. Berikut adalah teknik dan strategi dalam memastikan enjin carian digunakan secara efektif.


5.1       Kenalpasti Kata Kunci


Apabila melaksanakan pencarian, pecahkan topik kepada beberapa konsep utama.
Contohnya, untuk mencari maklumat berkenaan pendapat FCC tentang industri komunikasi tanpa wayar; kemungkinan kata kunci adalah:

FCC  wireless  communication

5.2       Penggunaan Boolean AND

Menyambungkan terma dicari dengan Boolean AND akan memberitahu enjin carian bagi mendapatkan laman web yang mengandungi semua yang terdapat dalam kata kunci.

FCC   and   wireless   and   communication

Enjin carian tidak akan memulangkan hasil apa-apa sekiranya pencarian hanya menemui satu atau dua kriteria dalam kata kunci berkenaan.

Enjin carian hanya akan memulangkan hasil carian sekiranya perkataan FCC, wireless, dan communication terpapar di dalam satu halaman.Oleh itu, boolean AND membantu dalam mengecil atau memperincikan lagi hasil carian kerana ia menghadkan hasil carian dimana semua kata kunci diterima.

Latihan AND

  1. Taipkan kata kunci yang dihubungkan dengan menggunakan perkataan And  dalam pencarian bagi mencari topik berkenaan dengan teknik meningkatkan produktiviti secara berkumpulan bagi pasukan bola sepak.
  2. Pilih kata kunci yang penting bagi memudahkan pencarian.
  3. Klik kepada butang cari
  4. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
  5. Klik kepada pautan yang bersesuaian.


5.3       Penggunaan BOOLEAN  OR


Penggunaan Boolean OR memberitahu enjin carian untuk mendapatkan laman web yang mengandungi mana-mana kata kunci atau semua kata kunci yang terdapat dalam carian.

FCC  or  wireless  or  communication

Apabila OR digunakan, enjin carian akan mendapatkan segala maklumat berkenaan satu kata kunci, beberapa kata kunci dan semua kata kunci yang memenuhi criteria yang dicari.

Contohnya: pernyataan ini mencari maklumat berkenaan pembelian kereta terpakai.

(car  or  automobile  or  vehicle)  and  (buy  or  purchase)  and  used


Latihan OR  

  1. Taip perkataan seperti di bawah  pada enjin carian tertentu.
FCC  or  wireless  or  communication
  1. Klik kepada butang cari
  2. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
  3. Klik kepada pautan yang bersesuaian.


5.4       Penggunaan BOOLEAN  AND  NOT


AND NOT  memberitahu enjin carian untuk mendapatkan laman web yang mengandungi satu kata kunci tapi bukan kata kunci kedua.

dolphins   and  not   Miami
Contoh diatas mengarahkan enjin carian supaya mencari maklumat berkenaan ikan lumba-lumba(dolphin) tetapi bukan (but not) maklumat berkenaan pasukan Miami. Dolphin.
Latihan AND NOT

  1. Taip perkataan seperti di bawah  pada enjin carian tertentu.
Dolphins and not Miami
  1. Klik kepada butang cari
  2. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
  3. Klik kepada pautan yang bersesuaian.


5.5       Penggunaan BOOLEAN  PLUS  &  MINUS


Dalam kebanyakan enjin carian, simbol plus (+) dan minus (-) dapat dijadikan sebagai alternative kepada Boolean AND dan AND NOT. Simbol plus (+) adalah bersamaan dengan AND, dan symbolminus  (-) adalah bersamaan dengan AND NOT.

NOTA: Pencarian maklumat menggunakan AltaVista's memerlukan penggunaan simbol plus dan minus berbanding penggunaan AND, OR, and AND NOT.

            +welding  +process
            +Saturn   -car
            couch  sofa

Latihan  Boolean (+/-)

  1. Taip perkataan seperti di bawah  pada enjin carian tertentu.
+welding  +process
  1. Klik kepada butang cari
  2. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
  3. Klik kepada pautan yang bersesuaian.
5.6       Pencarian Frasa
Penggunaan double quotes (“ ”) kepada topik carian memberitahu enjin carian supaya mencari maklumat yang berangkai didalam frasa berkenaan dan terletak sebelah menyebelah.  Pencarian frasa adalah teknik carian yang berkuasa dimana topik pencarian dikecilkan dalam membuat carian yang berkaitan sahaja.  
"John F. Kennedy"
"Walt Disney World"
"global warming"

Untuk hasil yang lebih baik, gabungkan penggunaan pencarian bersama Boolean (+/-) atau Boolean logik (AND, OR, and AND NOT).

+"heart disease"   +cause
"heart disease"   and   cause

Latihan Frasa

  1. Taip perkataan seperti di bawah  pada enjin carian tertentu.
"heart disease"   and   cause
  1. Klik kepada butang cari
  2. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
  3. Klik kepada pautan yang bersesuaian.



No comments:

Post a Comment