Entry kali ini pula adalah untuk memperkenalkan sebuah istilah dalam teknologi maklumat yang gagal dihamai oleh ramai orang iaitu.............SELAMAT MEMBACA .. :)
- Cloud Computing adalah teknologi yang menggunakan internet dan central remote servers untuk mengekalkan data dan aplikasi. Cloud Computing memolehkan pelanggan untuk menggunakan aplikasi tanpa instalasi dan mengakses fail peribadi mereka melalui mana-mana komputer dengan adanya kemudahan internet.. Teknologi ini membolehkan lebih banyak ketidakcekapan perkomputeran diatasi melalui peyimpanan berpusat, memori, pemprosesan dan bandwith.
- Contoh Cloud Computing paling mudah adalah, Yahoo! Mail, Gmail, Hotmail dan lain-lain. Kita tidak memerlukan perisian atau server untuk menggunakannya. Apa yang perlu hanyalah sambungan kepada internet dan kita boleh mula menghantar emel. Server dan pengurusan emel adalah berada di awanan (internet) dan ianya adalah diuruskan sepenuhnya oleh perkhidmatan awan(internet) Yahoo, Google dan sebagainya. Pelanggan dapat menggunakan perisian itu sendiri dan menikmati kebaikkan yang ditawarkan.
- Cloud Computing dipecahkan kepada 3 segmen iaitu;
- Aplikasi
- Penyimpanan
- Penyambungan
- Setiap segment bertindak dengan fungsi yang berbeza dan menawarkan produk yang berbeza untuk individu dan organisasi seluruh dunia.
Walaubagaimanapun, istilah Cloud Computing ini agak sukar untuk difahami oleh ramai orang, oleh itu di sini kami sertakan juga pautan kepada video yang berkaitan dengan Cloud Computing agar dapat membantu anda untuk lebih memahami apa itu CLOUD COMPUTING?????
No comments:
Post a Comment