8toall members

8toall members

Wednesday, 7 December 2011

PeRkEmBaNgAn TeLeFoN


Telefon 

Ø  Definisi : Berasal daripada bahasa Yunani ~ tele : jauh dan phone : suara.
Ø  Merupakan alat komunikasi yang digunakan untuk memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan pada jarak jauh tanpa terikat)
Ø  Sebuah telefon merujuk kepada telefon talian tetap kerana ianya hanya boleh digunakan pada sesuatu kawasan sahaja seperti rumah.
Ø  Alexander Graham Bell telah diiktiraf sebagai penciptanya.
Ø  Kebanyakkan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat elektrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan pengguna yang lain.

Ø  Terdapat empat prinsip utama yang menggabungkan jaringan telefon :
·         Telefon kekal ~ sambungan wayar fizikal khusus digunakan bagi menyambungkan sesuatu lokasi.
·         Telefon radio ~ menggunakan isyarat radio ataupun digital.
·         Telefon satelit ~ menggunakan satelit komunikasi.
·         Telefon suara melalui protocol internet (VOIP) ~ menggunakan perhubungan capaian internet jalur lebar.

Ø  Walaubagaimanapun, telefon talian kekal kini telah digantikan penggunaannya oleh telefon bimbit.

Sejarah awal pembangunan telefon.

1849 : Antonio Meucci mendemonstrasikan suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon kepada orang ramai di Havana.

1854 : Charles Boursel menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break transmitter telefon dan penerima namun beliau tidak membuat sebarang instrumen kerja. Pada tahun yang sama juga, Antonio Meucci mendemonstrasikan telefon elektrik di New York.

1861 : Johann Philip Reis berjaya memindahkan suara secara elektikal dengan jarak melebihi 340 kaki.

1871 : Antonio Meucci telah memfailkan satu paten caveat.

1872 : Elisha Grey menubuhkan Western Electric Manufactering Company.

1873 : Thomas Alva Edison menemukan rintangan yang berbeza pada grain karbon namun oleh kerana tekanannya beliau terpaksa menangguhkan penyelidikannya.

1874 : Elisha Gray telah mendemonstrasikan teleon transmitter cecairnya di Gereja Highland Park Presbyterian.

1875 : Alexander Graham Bell merupakan orang pertama yang berjaya suaranya melalui telefon. Beliau merupakan orang pertama menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah iaitu penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumen membran yang serupa.

1876 : Alexander Graham Bell memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertama beliau.

1877 : Alexander Graham Bell mempatenkan telefon dengan transmitter-penerima elektrodinamik.

Antara contoh gambar telefon dulu dan kini.










Telefon bimbit

ü  Juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular ataupun telefon tanpa wayar.
ü  Merupakan peranti elektronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara.
ü  Sebagai tambahan, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan seperti khimat pesanan ringkas (SMS), permainan, internet, bluetooth, kamera dan perakam video yang berfungsi untuk menangkap gambar serta merakam video.
ü  Jumlah pelanggan telefon bimbit kini telah mencecah sebahagian populasi manusia sehingga menjadikan telefon bimbit merupakan antara teknolgi yang paling meluas digunakan di dunia.
ü    Teknologi komunikasi mengalami perubahan mendadak dan berkembang dengan pesat sekali. Inovasinya telah diperbaharui oleh setiap generasi sehingga membolehkan manusia di dunia sentiasa berhubungan tanpa mengira tempat dan jarak.

Pembangunan awal telefon bimbit.

1876 : Alexander Graham Bell telah berjaya mencipta telefon sekaligus membolehkan masyarakat seluruh dunia saling berhubungan antara satu sama lain walaupun berjauhan.

1922 : Sejak kematian beliau, telefon telah mengalami perubahan mendadak.

1985 : Telefon bimbit sudah mengalami evolusi yang begitu pantas dari segi teknologi dan reka bentuknya.

1992 : Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi iaitu Global System for Mobile Communications (GSM) di Eropah dan Digital Advanced Mobile Phone Service (D-AMPS) di Amerika Utara.

1996 : Telefon bimbit pertama yang membolehkan sambungan internet dan suara e-tanpa wayar adalah Nokia Communicator yang merupakan kategori baru telefon mahal ketika itu turut dikenali sebagai telefon pintar. Sebelumnya telefon muzik dan telefon kamera telah dilaksanakan.

1999 : Perkhidmatan internet mudah alih dilancarkan oleh NTT DoCoMo di Jepun di bawah perkhidmatan i-Mode.

2001 : Jaringan generasi ketiga (3G) dilaksanakan di Jepun. Ianya merupakan digital sepenuhnya dan menawarkan capaian data pantas.

2007 – kini : Pelbagai jenama dan reka bentuk telefon bimbit masa kini yang begitu canggih di samping perkhidmatan penggunaannya yang begitu memuaskan hati di samping harga jualan yang bersesuaian.

 Ciri-ciri telefon bimbit masa kini.

§  Pesanan teks dan membuat panggilan suara.
§  Melayari internet
§  Memainkan muzik (MP3)
§  Merakam memo
§  Fungsi pengurus persendirian
§  Radio
§  Nada tone
§  Permainan berkualiti tinggi
§  Bluetooth dan sambungan infra / pindah terima gambar
§  Menonton aliran video
§  Muat turun video
§  Panggilan video


Antara jenama telefon bimbit dulu dan kini.












No comments:

Post a Comment