Komunikasi berdasarkan internet.
~ Pengenalan
- Internet merupakan satu alat bagi mewujudkan perhubungan antara masyarakat.
- Terdapat banyak saluran media sosial yang dapat digunakan oleh pengguna internet seperti 'facebook', 'twitter', dan sebagainya bagi mewujudkan interaksi sosial.
- Sesebuah organisasi akan mewujudkan sebuah laman web bagi memudahkan interaksi antara badan kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu atau pihak lain dengan masyarakat lain.
- Sesebuah organisasi akan apat meningkatkan perkhidmatan kerana terdapat maklum balas daripada mesyarakat lain terdapat sesuatu usaha yang akan dilakukan.
Fungsi ICT
ICT memainkan fungsi untuk kepentingan dan pengetahuan masyarakat setempat dalam aspek-aspek tertentu seperti aspek sosial, ekonomi dan pengurusan.
Sosial.
- Perhubungan mahupun interaksi sosial melalui media sosial mampu mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara masyarakat sekiranya diadakan dengan cara yang baik melalui e-komuniti.
- Melalui media sosial juga masyarakat dapat saling bertukar pandangan, idea dan berbincang terhadap sesuatu isu-isu baharu yang berlaku.
- Masyarakat juga dapat mewujudkan perhubungan yang berkemungkinan berkekalan tanpa mengira sempadan mahupun jarak.
- Penggunaan ICT juga mampu untuk menjana pendapatan seseorang melalui peluang perniagaan yang diwujudkan dalam internet ataupun media sosial seperti penjualan tudung, alat komestik dan sebagainya dalam 'facebook' ataupun 'twitter'.
- Iklan-iklan juga mampu menjana pendapatan seseorang individu ataupun blogger melalui ruangan iklan yang disediakan.
Pengurusan.
- Melalui penggunaan ICT, sesuatu pengurusan dalam badan kerajaan mahupun NGO dapat melaksanakan tugas mereka dengan menyampaikan maklumat kepada masyarakat melalui media sosial.
- Di samping itu, pengguna internet juga dapat memberikan maklum balas terhadap sesuatu isu yang dibincangkan.
- Komunikasi organisasi melalui elektronik juga dapat memastikan sesebuah badan organisasi dapat berkomunikasi dengan masyarakat luar di samping meningkatkan perkhidmatan ereka.
No comments:
Post a Comment