8toall members

8toall members

Thursday, 1 December 2011

Tuah si Buah APPLE ..


Steve Jobs (1955-2010)


Dunia dikejutkan dengan berita kematian Steve Jobs iaitu seorang genius dalam APPLE INC. Perginya beliau telah meninggalkan kesan kepada masyarakat dunia kerana sumbangannya dalam bidang teknologi. Steve Jobs merupakan seorang usahawan yang genius, pemimpin yang menjadi inspirasi dan bervisi. Beliau bukan sahaja menyentuh kehidupan individu dalam teknologi malah beliau juga menyentuh kehidupan individu dalam aspek kemanusiaan. Beliau telah memperkenalkan manusia kepada teknologi yang moden dan telah membawa teknologi perkomputeran ke tahap yang lebih tinggi. Kegagalan yang beliau hadapi di awal penubuhan APPLE INC yang dahulunya digelar APPLE COMPUTER, kini telah menjadi sebuah syarikat yang sangat kukuh dan kuat dalam pasaran. Oleh itu, post kali ini adalah ditujukan khas buat semua individu yang telah diinspirasikan oleh APPLE INC/Steve Jobs.


p/s : bagi pembaca yang ingin mengetahui dengan lebih jelas tentang Steve Jobs, bolehlah melayari pautan yang kami sediakan ini, selamat membaca .. :)  ALL ABOUT STEVE JOBS


ANTARA PRODUK YANG DIKELUARKAN OLEH APPLE INC ADALAH SEPERTI BERIKUT:
APPLE I
APPLE II
APPLE III

Machintosh Color Classic

Mac Portable
Mac Mini
iMac
Mac Book Pro
iPod
iPhone
iPad

Perkembangan dunia teknologi perkomputeran sememangnya amat mengagumkan, terutamanya dengan kewujudan APPLE INC yang telah membawa teknologi perkomputeran ke satu tahap yang lebih maju lagi. Namun, adakah legasi yang dibina oleh mendiang Steve Jobs akan diteruskan? Akan adakah gajet hebat yang akan dikeluarkan selepas ini? Persoalan ini kami tinggalkan untuk para pembaca. Sekian, wasalam .... 


No comments:

Post a Comment