8toall members

8toall members

Monday, 12 December 2011

CLOUD COMPUTING (perkomputeran awan)

Entry kali ini pula adalah untuk memperkenalkan sebuah istilah dalam teknologi maklumat yang gagal dihamai oleh ramai orang iaitu.............SELAMAT MEMBACA .. :)
  1. Cloud Computing adalah teknologi yang menggunakan internet dan central remote servers untuk mengekalkan data dan aplikasi. Cloud Computing memolehkan pelanggan untuk menggunakan aplikasi tanpa instalasi dan mengakses fail peribadi mereka melalui mana-mana komputer dengan adanya kemudahan internet.. Teknologi ini membolehkan lebih banyak ketidakcekapan perkomputeran diatasi melalui peyimpanan berpusat, memori, pemprosesan dan bandwith.
  2. Contoh Cloud Computing paling mudah adalah, Yahoo! Mail, Gmail, Hotmail dan lain-lain. Kita tidak memerlukan perisian atau server untuk menggunakannya. Apa yang perlu hanyalah sambungan kepada internet dan kita boleh mula menghantar emel. Server dan pengurusan emel adalah berada di awanan (internet) dan ianya adalah diuruskan sepenuhnya oleh perkhidmatan awan(internet) Yahoo, Google dan sebagainya. Pelanggan dapat menggunakan perisian itu sendiri dan menikmati kebaikkan yang ditawarkan. 
  3. Cloud Computing dipecahkan kepada 3 segmen iaitu;
    • Aplikasi
    • Penyimpanan
    • Penyambungan
  4. Setiap segment bertindak dengan fungsi yang berbeza dan menawarkan produk yang berbeza untuk individu dan organisasi seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, istilah Cloud Computing ini agak sukar untuk difahami oleh ramai orang, oleh itu di sini kami sertakan juga pautan kepada video yang berkaitan dengan Cloud Computing agar dapat membantu anda untuk lebih memahami apa itu CLOUD COMPUTING?????

ENJIAN CARIAN WEB
1.0       Pengenalan
Enjin carian web adalah enjin carian yang direka bagi mencari maklumat yang hendak dicari menggunakan World Wide Web. Maklumat dicari mungkin berkaitan dengan laman web, gambar, maklumat dan sebagainya. Sesetengah anjin carian juga mencari data di dalam newsbook, pangkalan data atau direktori terbuka. Tidak seperti direktori web, yang di selenggara oleh manusia sebagai editor, enjin carian beroperasi secara algoritma atau kombinasi algoritma dan input dari manusia.

1.1              Sejarah Enjin carian


Note: "Launch" refers only to web
availability of original crawl-based
web search engine results.


1.2       Jenis soalan atau tajuk carian

Web boleh digunakan bagi mendapatkan jawapan kepada beberapa jenis soalan- spesifik dan eksplotari- bagi setiap soalan memerlukan penggunaan pencarian strategi yang berlainan. Soalan spesifik ialah soalan yang dapat dikenalpasti jawapannya secara tepat, manakala bagi soalan eksplotari ia adalah soalan bersifat terbuka yang sukar dikenalpasti jawap secara tepat kerana kemungkinan terdapat pelbagai jawapan bagi soalan tersebut.

Contoh soalan spesifik:

  • Apakah populasi Rakyat Malaysia?

Contoh soalan eksplotari:

  • Apakah penyebab bagi kemelesetan ekonomi?






2.0       Penggunaan Enjin Carian

Search engine atau pun enjin carian adalah laman web(atau sebahagian dari laman web) yang mencari maklumat daripada laman web lain  yang menepati perkataan atau frasa yang dicari. Perkataan atau frasa yang dimasukkan dikenali sebagai search expression atau query. Search expression atau query  adalah arahan yang memberitau enjin carian bagaimana carian dilakukan.

Berikut adalah langkah-langkah penggunaan enjin carian AltaVista. Langkah-langkah ini boleh diguna pakai oleh enjin carian lain.

Rajah 2.0: Laman utama enjin carian AltaVista.

Laman carian secara asasnya menyediakan textbox bagi pengguna memasukkan topik atau perkataan yang ingin dicari bagi memulakan carian. Antara enjin carian yang polular adalah HotBot dan Google.


Rajah 2.1: Laman utama enjin carian HotBot.


Rajah 2.2: Laman utama enjin carian Google.

Enjin carian tidak mencari laman web bagi mendapatkan maklumat tertentu tetapi mencari maklumat dalam pangkalan datanya sendiri berkenaan laman web yang telah dikumpulkan, di indeks dan di simpan.

Sekiranya pengguna memasukkan perkataan atau topik carian yang sama kepada enjin carian yang berlainan, pengguna akan mendapat hasil yang berlainan kerana setiap enjin carian mengumpulkan maklumat yang berlainan di dalam pangkalan data masing-masing dan setiap enjin carian menggunakan prosedur yang berlainan untuk mencari di dalam pengkalan data tertentu.


2.1       Latihan Penggunaan Enjin Carian

  1. Klik kepada browser / gelitar

  1. Pilih mana-mana enjin carian seperti jadual 2.0 dibawah dan taipkan alamat enjin carian di browser. Tunggu sehingga browser membuka halaman web enjin carian berkenaan.


Enjin Carian
Alamat

AlltheWeb
AltaVista
Google
HotBot
Lycos
Teoma
Ask Jeeves
Jadual 2.0: Contoh enjin carian.

  1. Taipkan “Malaysia annual rainfall” didalam kotak yang disediakan.
  2. Klik kepada butang yang bersesuaian bagi memulakan pencarian. Hasil carian akan muncul di halaman baru, Halaman tersebut akan menyatakan kemungkinan terdapat beratus, beribu laman web yang mengandungi jawapan kepada topik yang dicari.

  1. Skrol ke bawah halaman hasil carian dan kenalpasti hasil carian yang menepati kehendak anda.

  1. Klik kepada beberapa pautan atau link yang memberi maklumat berkenaan hujan tahunan di Malaysia (Malaysia annual rainfall). Sekiranya maklumat tidak dijumpai, klik kepada link seterusnya yang menyediakan maklumat berkenaan (selalunya diletakkan di bawah halaman pertama hasil carian).


2.1       Penggunaan Help Bagi Pencarian Asas AltaVista


  1. Buka gelitar atau browser.

  1. Taipkan www.altavista.com

Rajah 2.3: Laman utama enjin carian AltaVista

  1. Klik kepada butang Help
Rajah 2.4: Laman bantuan enjin carian AltaVista

  1. Klik pada Search

  1. Skrin akan memaparkan AltaVistaHelp maklumat bagaimana topik carian di interpretasi

Rajah 2.4: Panduan asas carian


3.0       Direktori Web

Direktori web adalah senarai pautan-pautan kepada laman web yang di uruskan secara hierarki mengikut kategori. Direktori subjek adalah katalog dalam laman yang dikumpulkan oleh manusia.

Direktori subjek dikenali juga sebab pokok bagi subjek kerana ia bermula dengan  kategori utama dan dipecahkan kepada kategori lebih kecik atau sub-kategori,topik dan sub-topik. Direktori biasanya digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan topik dimana kita tidak mempunyai idea tertentu berkenaan apa yang ingin diperolehi.


Rajah 3.0: Laman utama carian direktori MSN


4.0       Penggunaan Enjin Carian Meta

Meta Search Engine atau Enjin-Carian Meta  adalah satu alatan yang menggabungkan kuasa beberapa enjin carian. Beberapa alatan  enjin carian meta  juga termasuk  direktori-direktori. Idea disebalik alatan pencarian meta adalah mudah. Setiap enjin carian pada web mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berlainan kerana:

  • Menggunakan berlainan robot web bagi mengumpulkan makluman berkaitan halaman web.
  • Menyimpan jumlah halaman web teks yang berlainan di dalam pangkalan data.
  • Memilih laman web yang berlainan sebagai indeks.
  • Mempunyai sumber penyimpanan yang berlainan.
  • Interpretasi tajuk carian secara berlainan.

Rajah 4.0: Laman utama enjin carian meta Mamma.com


4.1       Latihan Penggunaan Enjin Carian Meta

  1. Klik kepada browser atau gelitar

  1. Pilih mana-mana meta enjin carian di bawah dan taipkan alamat enjin carian di browser. Tunggu sehingga browser membuka halaman web enjin carian meta berkenaan.


Enjin Carian Meta
Alamat
7metasearch.com/
ez2Find
Fazzle
kartoo
metaeureka
turbo10
Jadual 4.0: Contoh enjin carian meta

  1. Taipkan “Malaysia annual rainfall” didalam textbox yang disediakan.

  1. Klik kepada butang yang bersesuaian bagi memulakan pencarian. Hasil carian akan muncul di halaman baru, Halaman tersebut akan menyatakan kemungkinan terdapat beratus, beribu laman web yang mengandungi jawapan kepada topik yang dicari.

  1. Skrol ke bawah halaman hasil carian dan kenalpasti hasil carian yang menepati kehendak anda.

  1. Sekiranya maklumat berkenaan tidak dijumpai, ulang semula carian dengan menggunakan enjin carian berlainan.

5.0       Operator Boolean


Enjin carian berbeza dengan direktori subjek. Sementara manusia menguruskan direktori katalog subjek, enjin carian bergantung kepada aturcara komputer dipanggil  ‘spider’ atau robot bagi mencari web dan log perkataan di setiap halaman. Melalui penggunaan enjin carian, kata kunci yang berkaitan dengan topik ditaip di kotak carian.

Enjin carian kemudiannya akan mengimbas kepada pangkalan data dan menyerahkan fail dan pautan kepada laman web yang mengandungi perkataan yang dinyatakan dalam carian. Oleh kerana pangkalan data adalah besar, enjin carian selalunya memberikan beribu-ribu jawapan. Tanpa strategi carian atau teknik, pencarian akan menjadi sukar dan hasil tidak dapat mencapai matlamat carian.

Bagi menggunakan enjin carian secara efektif, adalah penting bagi pencari maklumat melaksanakan teknik yang dengan memberi soalan secara spesifik. Berikut adalah teknik dan strategi dalam memastikan enjin carian digunakan secara efektif.


5.1       Kenalpasti Kata Kunci


Apabila melaksanakan pencarian, pecahkan topik kepada beberapa konsep utama.
Contohnya, untuk mencari maklumat berkenaan pendapat FCC tentang industri komunikasi tanpa wayar; kemungkinan kata kunci adalah:

FCC  wireless  communication

5.2       Penggunaan Boolean AND

Menyambungkan terma dicari dengan Boolean AND akan memberitahu enjin carian bagi mendapatkan laman web yang mengandungi semua yang terdapat dalam kata kunci.

FCC   and   wireless   and   communication

Enjin carian tidak akan memulangkan hasil apa-apa sekiranya pencarian hanya menemui satu atau dua kriteria dalam kata kunci berkenaan.

Enjin carian hanya akan memulangkan hasil carian sekiranya perkataan FCC, wireless, dan communication terpapar di dalam satu halaman.Oleh itu, boolean AND membantu dalam mengecil atau memperincikan lagi hasil carian kerana ia menghadkan hasil carian dimana semua kata kunci diterima.

Latihan AND

  1. Taipkan kata kunci yang dihubungkan dengan menggunakan perkataan And  dalam pencarian bagi mencari topik berkenaan dengan teknik meningkatkan produktiviti secara berkumpulan bagi pasukan bola sepak.
  2. Pilih kata kunci yang penting bagi memudahkan pencarian.
  3. Klik kepada butang cari
  4. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
  5. Klik kepada pautan yang bersesuaian.


5.3       Penggunaan BOOLEAN  OR


Penggunaan Boolean OR memberitahu enjin carian untuk mendapatkan laman web yang mengandungi mana-mana kata kunci atau semua kata kunci yang terdapat dalam carian.

FCC  or  wireless  or  communication

Apabila OR digunakan, enjin carian akan mendapatkan segala maklumat berkenaan satu kata kunci, beberapa kata kunci dan semua kata kunci yang memenuhi criteria yang dicari.

Contohnya: pernyataan ini mencari maklumat berkenaan pembelian kereta terpakai.

(car  or  automobile  or  vehicle)  and  (buy  or  purchase)  and  used


Latihan OR  

  1. Taip perkataan seperti di bawah  pada enjin carian tertentu.
FCC  or  wireless  or  communication
  1. Klik kepada butang cari
  2. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
  3. Klik kepada pautan yang bersesuaian.


5.4       Penggunaan BOOLEAN  AND  NOT


AND NOT  memberitahu enjin carian untuk mendapatkan laman web yang mengandungi satu kata kunci tapi bukan kata kunci kedua.

dolphins   and  not   Miami
Contoh diatas mengarahkan enjin carian supaya mencari maklumat berkenaan ikan lumba-lumba(dolphin) tetapi bukan (but not) maklumat berkenaan pasukan Miami. Dolphin.
Latihan AND NOT

  1. Taip perkataan seperti di bawah  pada enjin carian tertentu.
Dolphins and not Miami
  1. Klik kepada butang cari
  2. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
  3. Klik kepada pautan yang bersesuaian.


5.5       Penggunaan BOOLEAN  PLUS  &  MINUS


Dalam kebanyakan enjin carian, simbol plus (+) dan minus (-) dapat dijadikan sebagai alternative kepada Boolean AND dan AND NOT. Simbol plus (+) adalah bersamaan dengan AND, dan symbolminus  (-) adalah bersamaan dengan AND NOT.

NOTA: Pencarian maklumat menggunakan AltaVista's memerlukan penggunaan simbol plus dan minus berbanding penggunaan AND, OR, and AND NOT.

            +welding  +process
            +Saturn   -car
            couch  sofa

Latihan  Boolean (+/-)

  1. Taip perkataan seperti di bawah  pada enjin carian tertentu.
+welding  +process
  1. Klik kepada butang cari
  2. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
  3. Klik kepada pautan yang bersesuaian.
5.6       Pencarian Frasa
Penggunaan double quotes (“ ”) kepada topik carian memberitahu enjin carian supaya mencari maklumat yang berangkai didalam frasa berkenaan dan terletak sebelah menyebelah.  Pencarian frasa adalah teknik carian yang berkuasa dimana topik pencarian dikecilkan dalam membuat carian yang berkaitan sahaja.  
"John F. Kennedy"
"Walt Disney World"
"global warming"

Untuk hasil yang lebih baik, gabungkan penggunaan pencarian bersama Boolean (+/-) atau Boolean logik (AND, OR, and AND NOT).

+"heart disease"   +cause
"heart disease"   and   cause

Latihan Frasa

  1. Taip perkataan seperti di bawah  pada enjin carian tertentu.
"heart disease"   and   cause
  1. Klik kepada butang cari
  2. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
  3. Klik kepada pautan yang bersesuaian.



Saturday, 10 December 2011

NoTa 5

KeSeLaMaTaN

Seseorang individu haruslah meningkatkan keselamatan semasa penggunaan ICT bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti :
  • kehilangan harta benda (duit/ nombor akaun)
  • kehilangan privasi ( mendapat gangguan daripada orang yang tidak sewajarnya)
  • hilang kelebihan
  • terluka (sama ada secara fizikal mahupun psikologi iaitu tertekan)
Strategi Keselamatan.

Terdapat beberapa aspek keselamatan yang memainkan peranan masing-masing dalam meningkatkan aspek ini seperti :

- Aspek manusia
  • selection personnel
    • personal record
    • vetting
    • aptitude test

  • monitoring
    • surveillance camera / tracking device
    • identification certification
      • finger print
      • DNA
      • retina

- Hardware aspects
  • Disconnection
  • Physical filter
- Software aspects
  • Antivirus
  • Firewalls
- Alternative operating systems


YAHOO! vs GOOGLE

PERSAMAAN / PERBEZAAN

Entry kali ini akan membincangkan mengenai serba sedikit perbezaan ciri/kemudahan yang terdapat di dalam Google dan Yahoo! . Diharapkan entry ini akan memberi faedah kepada anda. Selamat membaca!! :) 

  1. Alerts
    •  Google Alerts
      • Pilihan emel baru kepada penggunaan yang menawarkan web, berita dan lain-lain berdasarkan cita rasa pengguna.
    • Yahoo! Alerts
      • Get real-time akan dikemas kini dan terus dikirimkan melalui emel, telefon bimbit atau Yahoo Mesennger (YM).
  2. Directory
    • Google Directory
      • Direka dengan teknologi pencarian canggih iaitu Open Directory di mana memudahkan pencarian di Web
    • Yahoo! Directory
      • Memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari apa yang dikehendaki di website.
  3. Groups
    • Google Groups
      • Perbincangan melalui talian atau mailing list bagi membantu sekumpulan pengguna berkomunikasi dalam satu masa yang sama.
    • Yahoo! Groups
      • Direka bagi memudahkan pelanggan menggunakannya bersama keluarga, teman dan telah direka melalui web dan emel berkumpulan
  4. Local Search
    • Google Local
      • Pencarian dilakukan di semua halaman web dan juga di dalam yellow pages untuk menentukan sumber data yang dicari
    • Yahoo! Search
      • Menyediakan yellow pages tersnediri bagi memudahkan pelanggan terus mencari nombor telefon, alamat dan sebagainya.
  5. Mail
    • Gmail (google)
      • Medium baru bagi menghantar web emel, dengan adanya emel ini ianya akan menjadi mudah
    • Yahoo! Mail
      • Mail yang dihantar meliputi seluruh dunia dengan menggunakan cross-platform email solution, dan ianya adalah lebih murah dan mudah berbanding google
  6. Maps
    • Google Maps
      • Google Maps adalah layanan Google yang menawarkan perkhidmatan yang canggih dengan teknologi pemetaan, termasuk lokasi perniagaan, informasi sewa beli serta arah perjalanan.
    • Yahoo! Maps.
      • Peta perjalanan dan arah perjalana untuk bandar yang terdapat di USA sahaja.
  7. News
    • Google News
      • menawarkan lebih dari 4500 berita terbaharu seluruh dunia dalam pelbagai bahasa
    • Yahoo! News
      • Menawarkan di halaman utama Yahoo! dan hanya ke ruangan berita pelanggan  sahaja yang akan memperolehi pelbagai berita seluruh dunia
  8. Personal page
    • Personalized Google Homepage
      • Memberikan kemudahan kepada pelanggan melayari web di seluruh dunia
    • My Yahoo!
      • Pelanggan dapat melayari web yang diingini dan juga menawarkan perkhidmatan emel, berita TV dan filem berdaftar serta banyak lagi.
  9. Social Network
    • Orkut (google)
      • Memberi pelanggan berhubung dengan kawan-kawan lain melalui jaringan yang selamat
    • Yahoo! 360° 
      • Pelanggan disediakan dengan satu ruangan khas untuk memudahkan perhubungan dengan kawan-kawan
  10. web Search
    • Google
      • Menawarkan lebih 8 bilion halaman dan macam-macam lagi
    • Yahoo Search
      • Menawarkan maklumat pencarian kepada pelanggan, pencarian lebih mudah dan senang. 
p/s: untuk mengetahui dengn lebih lanjut sila lawati pautan yang kami sediakan ini : HOW SEARCH ENGINE WORK 


Wednesday, 7 December 2011

PeRkEmBaNgAn TeLeFoN


Telefon 

Ø  Definisi : Berasal daripada bahasa Yunani ~ tele : jauh dan phone : suara.
Ø  Merupakan alat komunikasi yang digunakan untuk memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan pada jarak jauh tanpa terikat)
Ø  Sebuah telefon merujuk kepada telefon talian tetap kerana ianya hanya boleh digunakan pada sesuatu kawasan sahaja seperti rumah.
Ø  Alexander Graham Bell telah diiktiraf sebagai penciptanya.
Ø  Kebanyakkan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat elektrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan pengguna yang lain.

Ø  Terdapat empat prinsip utama yang menggabungkan jaringan telefon :
·         Telefon kekal ~ sambungan wayar fizikal khusus digunakan bagi menyambungkan sesuatu lokasi.
·         Telefon radio ~ menggunakan isyarat radio ataupun digital.
·         Telefon satelit ~ menggunakan satelit komunikasi.
·         Telefon suara melalui protocol internet (VOIP) ~ menggunakan perhubungan capaian internet jalur lebar.

Ø  Walaubagaimanapun, telefon talian kekal kini telah digantikan penggunaannya oleh telefon bimbit.

Sejarah awal pembangunan telefon.

1849 : Antonio Meucci mendemonstrasikan suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon kepada orang ramai di Havana.

1854 : Charles Boursel menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break transmitter telefon dan penerima namun beliau tidak membuat sebarang instrumen kerja. Pada tahun yang sama juga, Antonio Meucci mendemonstrasikan telefon elektrik di New York.

1861 : Johann Philip Reis berjaya memindahkan suara secara elektikal dengan jarak melebihi 340 kaki.

1871 : Antonio Meucci telah memfailkan satu paten caveat.

1872 : Elisha Grey menubuhkan Western Electric Manufactering Company.

1873 : Thomas Alva Edison menemukan rintangan yang berbeza pada grain karbon namun oleh kerana tekanannya beliau terpaksa menangguhkan penyelidikannya.

1874 : Elisha Gray telah mendemonstrasikan teleon transmitter cecairnya di Gereja Highland Park Presbyterian.

1875 : Alexander Graham Bell merupakan orang pertama yang berjaya suaranya melalui telefon. Beliau merupakan orang pertama menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah iaitu penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumen membran yang serupa.

1876 : Alexander Graham Bell memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertama beliau.

1877 : Alexander Graham Bell mempatenkan telefon dengan transmitter-penerima elektrodinamik.

Antara contoh gambar telefon dulu dan kini.










Telefon bimbit

ΓΌ  Juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular ataupun telefon tanpa wayar.
ΓΌ  Merupakan peranti elektronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara.
ΓΌ  Sebagai tambahan, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan seperti khimat pesanan ringkas (SMS), permainan, internet, bluetooth, kamera dan perakam video yang berfungsi untuk menangkap gambar serta merakam video.
ΓΌ  Jumlah pelanggan telefon bimbit kini telah mencecah sebahagian populasi manusia sehingga menjadikan telefon bimbit merupakan antara teknolgi yang paling meluas digunakan di dunia.
ΓΌ    Teknologi komunikasi mengalami perubahan mendadak dan berkembang dengan pesat sekali. Inovasinya telah diperbaharui oleh setiap generasi sehingga membolehkan manusia di dunia sentiasa berhubungan tanpa mengira tempat dan jarak.

Pembangunan awal telefon bimbit.

1876 : Alexander Graham Bell telah berjaya mencipta telefon sekaligus membolehkan masyarakat seluruh dunia saling berhubungan antara satu sama lain walaupun berjauhan.

1922 : Sejak kematian beliau, telefon telah mengalami perubahan mendadak.

1985 : Telefon bimbit sudah mengalami evolusi yang begitu pantas dari segi teknologi dan reka bentuknya.

1992 : Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi iaitu Global System for Mobile Communications (GSM) di Eropah dan Digital Advanced Mobile Phone Service (D-AMPS) di Amerika Utara.

1996 : Telefon bimbit pertama yang membolehkan sambungan internet dan suara e-tanpa wayar adalah Nokia Communicator yang merupakan kategori baru telefon mahal ketika itu turut dikenali sebagai telefon pintar. Sebelumnya telefon muzik dan telefon kamera telah dilaksanakan.

1999 : Perkhidmatan internet mudah alih dilancarkan oleh NTT DoCoMo di Jepun di bawah perkhidmatan i-Mode.

2001 : Jaringan generasi ketiga (3G) dilaksanakan di Jepun. Ianya merupakan digital sepenuhnya dan menawarkan capaian data pantas.

2007 – kini : Pelbagai jenama dan reka bentuk telefon bimbit masa kini yang begitu canggih di samping perkhidmatan penggunaannya yang begitu memuaskan hati di samping harga jualan yang bersesuaian.

 Ciri-ciri telefon bimbit masa kini.

§  Pesanan teks dan membuat panggilan suara.
§  Melayari internet
§  Memainkan muzik (MP3)
§  Merakam memo
§  Fungsi pengurus persendirian
§  Radio
§  Nada tone
§  Permainan berkualiti tinggi
§  Bluetooth dan sambungan infra / pindah terima gambar
§  Menonton aliran video
§  Muat turun video
§  Panggilan video


Antara jenama telefon bimbit dulu dan kini.