Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua … bagi entry kali ini, penulis ingin membantu kalian semua mendapatkan gambaran ringkas tentang apa itu TEKNOLOGI MAKLUMAT (information technology) serta serba ringkas yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
Teknologi maklumat adalah dikaitkan dengan:
ü Peningkatan dalam kepelbagaian usaha penyelesaian masalah sama ada pada peringkat individu mahupun organisasi melalui :
§ Reka bentuk
§ Pembangunan dan,
§ Kegunaan teknologi yang berasaskan sistem dan proses yang meningkatkan keberkesanan dan kecekapan informasi melalui pelbagai strategi, taktik dan situasi operasional
ü Semua peningkatan tersebut adalah dicapai melalui pemerhatian yang kritikal terhadap keperluan informasi dalam usaha penyelesaian masalah manusia.
ü Perkakasan(hardware) dan perisian(software) dalam perkomputeran dan komunikasi membentuk alat asas bagi teknologi maklumat.
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan perkakasan(hardware) & perisian (software) ???
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan perkakasan(hardware) & perisian (software) ???
1. Perkakasan : aspek fizikal komputer, teknologi dan alat-alat yang lain. Perkataan perkakasan timbul sebagai cara untuk membezakan ‘kotak’ dan litar elektronik serta komponen sesebuah komputer daripada program yang dimasukkan untuk menjalankan pelbagai fungsi.
§ Contoh : komputer, kabel, papan kekunci, tetikus dan sebagainya.
2. Perisian: adalah gelaran kolektif bagi pelbagai jenis program yang digunakan bagi mengawal fungsi komputer dan juga alat lain yang berkaitan. Terbahagi kepada dua iaitu perisian aplikasi dan perisian sistem.
§ Contoh : perisian grafik, word processors & spreadsheet
sumber dipetik daripada : http://www.answers.com/topic/information-technology
No comments:
Post a Comment